TOK MULU GEREK GUNUNG MENOLONG NAJIB YANG KEKEJANGAN OTOT
Rabu, 31 Disember 2008
SERONOKNYA KAYUHAN WARISAN TAIPING
PADA HARI AHAD 28/12/08 LEPAS, AKU BERSAMA VOORTEXKU TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KAYUHAN WARISAN TAIPING. WALAUPUN AKU BERASAL DARI TAIPING, TETAPI CUKUP TERUJA DENGAN LOKASI KAYUHAN SEJAUH 80 KM ITU. KALI PERTAMA AKU MELIHAT BEGITU RAMAI PARA PESERTA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH 800 ORANG DARI SELURUH MALAYSIA.
AKU CUKUP BERBANGGA KERANA BERJAYA SAMPAI DALAM TOP 100 DAN BERJAYA PULA MERANGKUL HADIAH NOMBOR BERTUAH YANG BERUPA CERMIN MATA RAYBAN
Selasa, 23 Disember 2008
Isnin, 22 Disember 2008
Mendapat 1001 kepuasan bila berjaya mengayuh sampai ke puncak Bukit Tok Kun. Udara da sana agak sejuk dan nyaman. Semasa mengayuh dapat melihat berbagai-bagai tingkah laku manusia yang mendaki & turun bukit.
Tak kisahlah asalkan hobi itu berfaedah dan menyihatkan badan. Kalau tuan-tuan ada penyakit gout cuba amalkan hobi kayuh basikal (kalau boleh mendaki bukit). Insya Allah, penyakit gout akan berkurangan
Layan Laluan Balak Mahang
Pagi Ahad 21/12/08 aku agak kelam kabut bertolak ke Kulim Hightech kerana kawan-kawan sudah menunggu di sana. Perjalanan ke Mahang agak jauh juga. Akan tetapi bula kayuhan bermula alangkah terujanya melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Oleh kerana laluan balak ini ada yang menaik,mendatar dan menurun, tidaklah terasa sangat perit semasa mengayuh. Angin bukit yang bertiup sungguh nyaman diselang seli dengan bunyi air terjun. Waduh sungguh nyaman sekali. Rasa malas nak turun
Ahad, 14 Disember 2008
KEPUASAN HOBI
Apabila usia mencecah lima puluh dan sudah berada di peringkat pemantapan kerjaya, carilah hobi berfaedah yang boleh menyeronokkan hidup anda. Salah satu hobi yang menarik ialah berbasikal mendaki bukit. Disamping menyeronokkan, dapat mengeluarkan peluh, membina kekuatan fizikal, kekuatan emosi dan sebagainya.
Kalau tuan-tuan mengidap penyakit gout, cuba lakukan hobi ini. Insya Allah gout akan berkurangan
Langgan:
Catatan (Atom)